Sunday, June 28, 2009

JAUHI DADAH!

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Tujuan akta :
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

SEKSYEN

KESALAHAN/JENIS DADAH

HUKUMAN

39B
  • Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
  • Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
  • Memiliki 40 gm kokain atau lebih
  • Memiliki 200 gm atau lebih ganja
  • Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
  • Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Mati Mandatori
39(A)(2)
  • Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
  • Memiliki 250-1000 gm candu
  • Memiliki 50-200 gm ganja
  • Memiliki lebih 15-40 gm kokain
  • Memiliki lebih 750 gm daun koka
  • Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan
39(A)(1)
  • Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
  • Memiliki 100-250 gm candu
  • Memiliki 20-50 gm ganja
  • Memiliki 5-15 gm kokain
  • Memiliki 250-750 gm daun koka
  • Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-
6B
Menanam atau mengusahakan pokok ganja Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
9
Memiliki kurang 100 gm candu masak -sama-
10
Alat-alat menghisap dadah -sama-
12(2)
  • Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
  • Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
  • Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
-sama-
Dirotan tidak lebih 3 sebatan
15(A)
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
15(B)
Berada di dalam premis tempat hisap dadah Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
RUJUKAN :http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_akta_main.php

MUSUH UTAMA NEGARA



Oleh: Prof. Dzulkifli Abdul Razak

Pusat Racun Negara, USM


Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terpaksa membuat teguran.
Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Programme, dalam tahun 1993 sebanyak 24,023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini, 59.3 peratus adalah penagih yang menagih semula, manakala sebanyak 10,216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah. Pada tahun lalu, tahap masalah dilaporkan melampaui tahap pada tahun 1998.
Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat. Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan.
Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan penyeludupan dadah. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih lincah dan meluas.
Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penggunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak dan perjudian selain daripada berbagai-bagai ancaman kesihatan.
Menggugat
Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik maupun keselamtan. Dengan perkataan lain, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang daripada segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang memggunakan dadah akan bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut.
Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah sesetengah ubat- ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul, boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya, morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat menahan kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius.
Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara:Pertama - ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak bersifat sedemikian.
Kedua - ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat ketagihan walaupun telah berhenti menggunakannya.
Ketiga - ubat, tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda si pengguna, tetapi semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaanya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.
Keempat - ubat, umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau) sehingga membawa hukuman mati.
Mental
Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuklah pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan perkataan lain, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasannya menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan, tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang.
Kesan fizikal pengambilan dadah terhadap manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan secara suntikan dan melalui mulut.

Kesan pengambilan dadah secara suntikan:
  • Meningitis - penyakit jangkitan otak
  • Tetanus atau penyakit kancing gigi
  • Endokarditis - penyakit jangkitan jantung
  • AIDS, Hepatitis B, C dan D
  • Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain, khususnya di tapak suntikan

Kesan pengambilan dadah melalui mulut:
  • Kerosakan paru-paru dan hati
  • Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)
  • Kerosakan buah pinggang
  • Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya)
  • Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh
Kesan mental dan emosi lazimnya dipanggil kesan psikologi, iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (eforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama, seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Perwatakannya mungkin bertukar. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawap.
Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulangkali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.
Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah, tak dapat memberi tumpuan, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit kadangkala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Semua ini menggambarkan apa yang dipanggil `gian'. Bahkan ia boleh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal, yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Tubuh tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Kerana takutkan rasa `gian' penagih meneruskan tabiatnya.
Selain daripada itu, penagih juga akan mengalami masalah tidur dan susah hendak nyenyak. Mereka sering mengigau, fikiran menjadi kacau dan tidak berupaya memberi tumpuan. Emosinya turut menjadi tidak stabil - mudah marah atau menangis. Ia juga cenderung untuk membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri.
Kemarahan
Antara kesan sosial ialah kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawap terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkahlaku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan dirinya. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka.
Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluaga. Mereka hidup di tempat- tempat lengang yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Dunia mereka hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah saja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa juga bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Keadaan mereka diibaratkan "hidup segan mati tak mahu". Ada yang menggelarkan mereka sebagai " bangkai bernyawa". Hakikatnya sesiapa yang terjerumus dalam perangkap dadah, amat sukar untuk melepaskan diri.
Oleh yang demikian, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa juga jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang mereka hadapi.

Rujukan: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/racun/1998/um1.html

Thursday, June 25, 2009

KEMPEN TAK NAK


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Perspektif

  • Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
  • Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
  • Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
  • Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.

Tabiat merokok adalah satu penagihan

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

Objektif

  • Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok
  • Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
  • Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok

Strategi

Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok

  • Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat

Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok

  • Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok.

Rujukan: http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php

Sunday, June 21, 2009

MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH


Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam
al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi
ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة
Maksudnya : “… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …”

HUKUM

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak.

Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalilpengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi :

كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ

Maksudnya :” Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”. Riwayat Muslim

KESAN PENGAMBILAN DADAH

i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :

قوا انفسكم واهليكم نارا

Maksudnya : “...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… ”. Rasulullah s.a.w bersabda:

كفى بالمرءى اثما عن يضيع من يقوت

Maksudnya : “ Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya ”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah : Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan jenayah sama ada mencuri, memeras ugut, merompak atau membunuh.

iii. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiridari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara.

v. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS.

Rujukan: www.islam.gov.my/e-rujukan/dadah.html


Saturday, June 20, 2009

PERTANDINGAN LORONG DAN SUDUT PPDa (Peringkat Kebangsaan) 2009




Pada minggu ini semua guru ,staf sokongan ,pekerja swasta sekolah, ahli PIBG dan pihak-pihak lain* telah bertungkus lumus untuk menyiapkan Taman Tema PPDa.

( *Agensi AntiDadah Kebangsaan-AADK Jerantut,Pejabat Belia Jerantut,PDRM Jerantut, BOMBA Jerantut, Pejabat Kesihatan Jerantut,Askar Wataniah Kem Susur Tembeling, Bank Rakyat Jerantut dan agensi-agensi lain)

Tarikh : 20 JUN 2009
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pagi

Diharapkan kerjasama dan kesungguhan bekerja sebagai satu pasukan ini, akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.