Tuesday, November 17, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS SEMPENA KURSUS PENGURUSAN GURU PPDa DAN GURU ASRAMA SEKOLAH NEGERI KELANTAN KE BILIK SUMBER DAN LORONG/SUDUT PPDa PAHANG

Selamat datang ke sekolah kami!

Unit PPDa, Jabatan Pelajaran Kelantan mengadakan Kursus Pengurusan Guru_guru PPDa dan Guru Asrama Sekolah peringkat Negeri Kelantan 2009 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.

Sehubungan dengan itu satu lawatan benchmarking telah diatur untuk ke SK Jerantut Jaya dan SMK Inderapura, Jerantut. 3 buah bas yang membawa 120 orang peserta kursus telah selamat sampai ke sekolah kami pada jam 10.45 pagi.

Tarikh : 18 NOV 2009 (Rabu)

Wednesday, November 11, 2009

LAWATAN BENCHMARKING PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUANTAN KE DAERAH JERANTUT

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KAMI

LAWATAN BENCHMARKING PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUANTAN KE DAERAH JERANTUT

Sebagai salah satu pengisian dalam Kursus Profesionalisme Guru-guru PPDa Daerah Kuantan 2009, satu lawatan telah diadakan di SK Jerantut Jaya pada;

Tarikh: 9 NOV 2009
Masa : 2.30 petang
Bilangan Guru : 40 orang

Selamat datang kami ucapkan kepada semua ahli rombongan. Ahli rombongan telah disambut dan diberi taklimat sepenuhnya oleh, Guru Besar, Pn Rodziah bt Mohd Razali,AMP dan AJK PPDa SKJJ.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai PPDa PPD Jerantut yang sentiasa meluangkan masa dan memberi nasihat serta pandangan beliau bagi memajukan unit PPDa SKJJ.

Thursday, October 22, 2009

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!



Pada 20 OKT 2009 lalu, Guru Besar SK Jerantut Jaya,Puan Rodziah bt Mohd Razali,AMP telah menerima hadiah NAIB JOHAN bagi kategori Pertandingan Sudut & Lorong PPDa Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.

Majlis makan malam sempena penyampaian anugerah ini telah diadakan di Hotel Naza, Johor Bahru.Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah KPPM.


Antara anugerah-anugerah yang diterima oleh Negeri Pahang;

ANUGERAH BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH - SMK CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
JOHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH - SK GAU, TEMERLOH, PAHANG

ANUGERAH SUDUT DAN LORONG PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH - SMK INDERAPURA, JERANTUT, PAHANG
NAIB JOHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH - SK JERANTUT JAYA, JERANTUT, PAHANG

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


BUAT SEMUA WARGA SKJJ, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN


Hari Raya Puasa is also commonly known as Hari Raya Aidilfitri. In Malay the word Hari Raya means ‘A Day Of Celebration’ and Puasa derives from Sanskrit meaning ‘fasting or abstention’. Hari Raya Puasa means‘great day of fasting’ or in actual sense ‘the festival marking the end of a period of fasting’. Hari Raya Puasa is popularly known as Eid Ul Fitr. Hari Raya Puasa marks the end of Ramadan, the holy month of fasting.

Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2009




Kepada semua calon UPSR 2009 SK Jerantut Jaya,

Kami, guru-guru, sentiasa mendoakan anda semua akan mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

Menjelang hari peperiksaan, jagalah kesihatan anda serta jauhkan diri anda dari melakukan aktiviti yang boleh mencederakan seperti berbasikal, menunggang motosikal dsbnya.

Semoga anda akan dapat menempoh peperiksaan dengan hati yang lapang dan fikiran yang tenang.

Saturday, August 29, 2009

Tuesday, August 25, 2009

DI HARI PENILAIAN....

SELAMAT BERPUASA

Umat Islam di Malaysia sudah mula berpuasa pada 22 OGOS 2009. Semoga warga SKJJ akan dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna.





Dapatkan Kodenya, Klik Di Sini!!

Friday, August 14, 2009

SUDUT & LORONG PPDa 2009 : IN THE MAKING

HARI YANG DINANTI SUDAH TIBA!




************************************************************************************
Persiapan selama hampir 2 bulan untuk Penilaian Sudut & Lorong PPDa 2009 peringkat kebangsaan telah sampai kemuncaknya. Panel hakim telah tiba di perkarangan SK Jerantut Jaya tepat jam 9.00 pagi pada 13 OGOS 2009 (KHAMIS).

Panel Hakim terdiri dari:
1. Encik Samsudin bin Yusof - PEN. KU PPDa Kedah
2. Encik Mohd Noh bin Murli - PEN. KU PPDa Selangor
3. Encik Arif bin Arifin - PKD Kulim, Kedah
4. Encik Hanafi bin Aziz - PKD Kemaman, Terengganu
5. Encik Abd Rashid bin Din - PKD Kinta Utara,Perak
6. Tuan Haji Azlang Mohd Nor - PKD Segamat, Johor
7. Tuan Haji Mohd Yusoff bin Mustaffa - PKD Bachok, Kelantan
8. Encik Zubir bin Harun - Guru Besar, SK Jerangau, Terenggganu

Encik Abdullah Sani bin Abd Rahman ( Ketua Unit PPDa, JPN Pahang) bertindak sebagai pemerhati.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program PPDa SKJJ sejak awal penubuhan sehingga berjaya ke tahap ini.Seterusnya juga terima kasih kepada JPN Pahang, PPD Jerantut, Tuan Guru Besar, Pegawai PPDa PPDJ, YDP PIBG, AADK,Pejabat Kesihatan Jerantut, PDRM Jerantut, Jabatan Bomba Jerantut,Bank Kerjasama Rakyat Jerantut, orang perseorangan, AJK Induk PPDa SKJJ,guru-guru, murid-murid,staf sokongan, pekerja-pekera swasta dan semua yang telah bekerjasama untuk merealisasikan program ini.

HARI YANG DINANTI SUDAH TIBA!

Wednesday, August 12, 2009

KESAN HALO: IMPAK KEPADA PELAJAR


Lawatan Program Eksplorasi sekolah-sekolah pedalaman Pahang anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan kerjasama Majlis Kaunseling Jerantut.
Kepada peserta program-Terima kasih kerana hadir untuk mendengar penerangan dan info berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) oleh Rakan PPDa SKJJ.

Sunday, August 2, 2009

STATISTIK PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIA





BIL NEGERI JANUARI
2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
1. WP Kuala Lumpur 130 15.40% 217 -40.09%
2. P.Pinang 101 11.97% 350 -71.14%
3. Kedah 100 11.85% 150 -33.33%
4. Perak 97 11.49% 115 -15.65%
5. Kelantan 96 11.37% 115 -16.52%
6. Johor 87 10.31% 203 -57.14%
7. Selangor 57 6.75% 221 -74.21%
8. N.Sembilan 57 6.75% 84 -32.14%
9. Pahang 39 4.62% 110 -64.55%
10. Melaka 26 3.08% 54 -51.85%
11. Sarawak 17 2.01% 10 70.00%
12. Sabah 16 1.90% 45 -64.44%
13. Terengganu 13 1.54% 30 -56.67%
14. Perlis 5 0.59% 8 -37.50%
15. WP Labuan 2 0.24% 5 -60.00%
16. WP Putrajaya 1 0.12% 0 0.00
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84%

Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Negeri Bagi Januari 2009 Dan 2008
Perbandingan Penagih Yang Dikesan Bagi Januari 2009 Dan 2008

STATUS KES JANUARI 2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
Penagih Baru * 409 48.46% 789 -48.16%
Penagih Berulang 435 51.54% 928 -53.13%
Jumlah Penagih 844 100.00% 1,717 -50.84


Perbandingan Penagih Yang Dikesan Bagi Januari 2009 Dan 2008

STATUS KES Purata
sehari
Penagih Baru 14
Penagih Berulang 15
Jumlah Penagih 28


Pengesanan Kes Baru Tertinggi Dan Kes Berulang Tertinggi
Mengikut Negeri Bagi Bulan Januari 2009

Bil Negeri Jumlah kes baru
Januari 2009 Peratus Jumlah kes berulang
Januari 2009 Peratus Jumlah
1. WP Kuala Lumpur 44 10.76% 86 19.77% 130
2. P.Pinang 23 5.62% 78 17.93% 101
3. Kedah 51 12.47% 49 11.26% 100
4. Perak 41 10.02% 56 12.87% 97
5. Kelantan 61 14.91% 35 8.05% 96
6. Johor 57 13.94% 30 6.90% 87
7. Selangor 25 6.11% 32 7.36% 57
8. N.Sembilan 20 4.89% 37 8.51% 57
9. Pahang 26 6.36% 13 2.99% 39
10. Melaka 19 4.65% 7 1.61% 26
11. Sarawak 10 2.44% 7 1.61% 17
12. Sabah 14 3.42% 2 0.46% 16
13. Terenggau 10 2.44% 3 0.69% 13
14. Sarawak 5 1.22% 0 - 5
15. WP Labuan 2 0.49% 0 - 2
16. WP Putrajaya 1 0.24% 0 - 1
Jumlah 409 100% 435 100% 844

Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Etnik Bagi Januari 2009 Dan 2008

ETNIK JANUARI
2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
Melayu 658 77.96% 1198 -45.08%
Cina 92 10.90% 255 -63.92%
India 73 8.66% 187 -60.96%
Pribumi Sabah 15 1.78% 57 -73.68%
Pribumi Sarawak 2 0.24% 4 -50.00%
Lain –lain 4 0.47% 14 -71.43%
Warga Asing 0 - 2 -100%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84%




Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Jantina

JANTINA JANUARI
2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
Lelaki 809 95.85% 1,675 -51.70%
Wanita 35 4.15% 42 -16.67%


JUMLAH 844 100.00% 1,717 -50.84%

Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Umur
Bagi Januari 2009 Dan 2008

UMUR KETIKA DIKESAN JANUARI 2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008

< 13 tahun 0 0.00% 0 0.00%
13-15 tahun 13 13 – 15 tahun 1 0.12% 1 0.00%
16-18 tahun Remaja (2.39%) 19 2.27% 40 -52.50%
19-24 tahun 151 18.06% 237 -36.29%
25-29 tahun Belia (71.06%) 163 19.50% 336 -51.49%
30-34 tahun 165 19.74% 321 -48.60%
35-39 tahun 115 13.76% 237 -51.48%
40-44 tahun 101 12.08% 235 -57.02%
45-49 tahun Dewasa(26.56%) 62 7.42% 149 -58.39%
> 50 tahun 59 7.06% 148 -60.14%
Tiada maklumat umur 8 - 13 -38.46%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84%
Perbandingan Penagih Yang Dikesan
Mengikut Pekerjaan Bagi Januari 2009 Dan 2008

JENIS PEKERJAAN JANUARI
2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
Buroh am 148 11.03% 317 -53.31%
Perkhidmatan 104 7.75% 160 -35.00%
Binaan 100 7.45% 178 -43.82%
Jualan 91 6.78% 155 -41.29%
Pertanian/ Perikanan 65 4.84% 126 -48.41%
Pengangkutan 51 3.80% 103 -50.49%
Teknikal 48 3.58% 99 -51.52%
Pengeluaran/Kilang 31 2.31% 48 -35.42%
Pengurusan 19 1.42% 8 137.50%
Hiburan 2 0.15% 2 0.00%
Penganggur 73 5.44% 122 -40.16%
Penuntut 4 0.30% 19 -78.95%
Perkeranian 0 0.00% 5 -100.00%
Tiada maklumat 108 - 375 -71.20%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84%


Perbandingan Penagih Yang Dikesan
Mengikut Pendidikan Bagi Januari 2009 Dan 2008

KELULUSAN
TERTINGGI JANUARI
2009 PERATUS JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
Tidak Bersekolah 19 2.30% 42 -54.76%
Sekolah Rendah 158 19.11% 339 -53.59%
SRP/LCE/PMR 346 41.84% 637 -45.68%
SPM/MCE/SPMV 272 32.89% 569 -52.20%
STP/HSC/STPM 12 1.45% 15 -20.00%
Diploma 11 1.33% 22 -50.00%
Ijazah 0 - 4 -100.00%
Lain-lain (spt sijil kemahiran) 9 1.09% 17 -47.06%
Tiada maklumat persekolahan 17 - 72 -76.39%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84%




Perbandingan Penagih Perbandingan Penagih Yang Dikesan
Mengikut Sebab Mula Mengguna Dadah Bagi Januari 2009 Dan 2008
Sebab Mula
Mengguna Dadah JANUARI
2009 PERATUSAN JANUARI
2008 PERBEZAAN 2009/2008
Pengaruh Kawan 401 51.28% 855 -53.10%
Untuk Keseronokan 147 18.80% 347 -57.64%
Perasaan Ingin Tahu 144 18.41% 225 -36.%
Tekanan Jiwa 62 7.93% 78 -20.51%
Rangsangan 11 1.41% 20 -45%
Menahan Sakit 8 1.02% 8 0.00%
Secara tidak sengaja 1 0.13% 5 -80.00%
Lain-lain 8 1.02% 13 -38.46%
Tiada maklumat 62 - 166 -62.65%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84%

Saturday, July 18, 2009

LALUAN REFLEKSOLOGI, Taman Tema PPDa



Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.

Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara dalam piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.

Kedua, refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, ia merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.

Sumber:http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/02/refleksologi-kaedah-perubatan-kuno.html

BAHAYA ROKOK


Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa

SUMBER: http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=32

Wednesday, July 1, 2009

AKTIVITI PPDa





Muafakat membawa berkat....

AKTIVITI PPDa




PERSIAPAN MENJELANG HARI PERTANDINGAN SUDUT & LORONG PPDa Peringkat Negeri

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa) SK JERANTUT JAYA

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
SK. Jerantut Jaya
27000 Jerantut

TAJUK PROJEK Projek Khas - Penerbitan Laman Blogspot
- Website Unit PPDa SK Jerantut Jaya

ALAMAT LAMAN BLOG: http://skjerantutjaya.blogspot.com/

MATLAMAT :Menjadi salah satu laman blog spot-webite yang mampu memberikan info berhubung dengan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah , bilik sumber PPDa SK Jerantut Jaya dan info-info terkini mengenai dadah, rokok, inhalan, arak/alkohol dan HIV (Aids) serta pencegahannya selaras dengan matlamat menjadikan sekolah bebas dadah 2012

TARIKH PELAKSANAAN :18 Mei 2009
KAEDAH PELAKSANAAN: 1. Jawatankuasa dibentuk
2. Pengumpulan maklumat
3. Muat turun data
4. Menyusun data
5. Mengemaskini blog pada setiap bulan

KUMPULAN SASAR 1. Tumpuan Utama: Warga Sekolah Kebangsaan Jerantut
2. Pengunjung : Pengunjung selain dari warga sekolah
SK Jerantut Jaya yang mengunjungi
Laman blog ini.

RASIONAL : Laman blog ini merupakan satu kaedah mendokumentasikan dan menyalurkan maklumat berhubung kuat dengan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah Lorong Sumber PPDa SK Jerantut Jaya dan Unit PPDa sepanjang tahun 2009. Ia juga bertujuan menyalurkan maklumatt-maklumat berguna kepada pengunjung laman blog ini bagi menangani gejala dadah.

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan satu identiti maya lorong PPDa SK Jerantut Jaya
2. Merancakkan lagi aktiviti usaha PPDa bagi merealisasikan
matlamat melahirkan warganegara yang bebas dari gejala dadah.
3. Merakamkan peristiwa dan aktiviti PPDa dan Lorong Sumber PPDa
sepanjang tahun
4. Memaklumkan info-info terkini mengenai dadah dan rokok serta
pencegahannya

ISU STRATEGIK 1. Mewujudkan satu identiti maya lorong PPDa SK Jerantut Jaya
2. Merancakkan lagi aktiviti usaha PPDa bagi merealisasikan
matlamat melahirkan warganegara yang beas dari gejala dadah.
3. Merakamkan peristiwa dan aktiviti PPDa dan Lorong Sumber
PPDa sepanjang tahun
4. Memaklumkan info-info terkini mengenai dadah dan rokok serta
pencegahannya

1. Internet merupakan salah satu cara berkesan penyebaran
maklumat
2. Penggunaan laman blog dalam usaha menyebarkan
maklumat berkenaan dadah, rokok, inhalan, arak/alkohol dan HIV / Aids serta pencegahannya mampu menarik golongan masyarakat khususnya pelajar atau golongan remaja.

STRATEGIK PELAKSANAAN 1. Penyediaan laman berhubung dengan aktiviti-aktiviti
pencegahan dadah Lorong Sumber PPDa SK Jerantut Jaya
dan info-info terkini mengenai dadah, rokok, inhalan, arak
/alkohol dan HIV Aids.
2. Hebahan laman blog melalui:
i) Guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar
ii) Penerbitan ilmiah Unit PPDa SK Jerantut Jaya
iii) Media massa dan media cetak

SUMBER Agensi dalaman Sekolah
1. Guru PPDa
2. Guru Pusat Sumber
3. Kaunselor
4. Warga Sekolah
Agensi Luar
1. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
2. Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Kementerian Kesihatan Malaysia
4. Polis Di raja Malaysia
5. Pegawai Khas Dadah

INPUT LAMAN BLOG 1. Laporan dan berita bergambar
2. Maklumat-maklumat berhubung pencegahan ketagihan
dadah, rokok, inhalan, arak / alkohol dan HIV Aids.

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa) SK JERANTUT JAYA

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
SK. Jerantut Jaya
27000 Jerantut

TAJUK PROJEK Projek Khas – Buletin

MATLAMAT Memberi maklumat dan pengetahuan kepada warga sekolah dan pengunjung luar mengenai aktiviti PPDa yang berlaku sepanjang tahun di sekolah.

TARIKH PELAKSANAAN 18 Januari 2009
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Jawatankuasa dibentuk
2. Pengumpulan Maklumat
3. Muat turun data ke dalam komputer menggunakan perisian
Microsoft Office Publisher.
4. Menyusun data
5. Mencetak maklumat
6. Membuat salinan
7. Diedarkan kepada pengunjung, ibu bapa, masyarakat
setempat, setiap kelas pada setiap bulan serta semua warga
SK Jerantut Jaya

KUMPULAN SASAR 1. Warga Sekolah
2. Pengunjung sekolah

RASIONAL Buletin PPDa ini dapat menyalurkan maklumat terkini berhubung kait dengan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah Lorong Sumber PPDa SK Jerantut Jaya dan Unit Pencegahan Dadah SK Jerantut Jaya pada setiap bulan.

OBJEKTIF 1. Mewujudkan kebanggaan dan rasa cinta kepada lorong sumber PPDa.
2. Merakamkan peristiwa dan aktiviti PPDa dan Lorong sumber sepanjang tahun.
3. Memaklumkan info-info terkini mengenai dadah, rokok, inhalan, arak/ alkohol, inhalan dan HIV Aids.

ISU STRATEGIK Kurangnya penyebaran maklumat mengenai rokok, inhalan, dadah, alkohol/arak dan HIV/AIDS

STRATEGIK PELAKSANAAN Penerbitan buletin dalam bentuk hand – out
SUMBER Agensi dalaman Sekolah
1. Guru PPDa
2. Guru Pusat Sumber
3. Guru
3. Kaunselor
4. Pekerja sekolah

Agensi Luar
1. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
2. Penyelaras PPDa Daerah
3. Jabatan Kesihatan Daerah
4. Polis Diraja Malaysia
5. Pegawai Khas Dadah


INPUT BULETIN Laporan dan berita bergambar aktiviti PPDa terkini pada setiap bulan
Maklumat mengenai rokok, inhalan, alkohol/arak dan dadah, HIV/AIDS

Sunday, June 28, 2009

JAUHI DADAH!

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Tujuan akta :
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

SEKSYEN

KESALAHAN/JENIS DADAH

HUKUMAN

39B
  • Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
  • Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
  • Memiliki 40 gm kokain atau lebih
  • Memiliki 200 gm atau lebih ganja
  • Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
  • Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Mati Mandatori
39(A)(2)
  • Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
  • Memiliki 250-1000 gm candu
  • Memiliki 50-200 gm ganja
  • Memiliki lebih 15-40 gm kokain
  • Memiliki lebih 750 gm daun koka
  • Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan
39(A)(1)
  • Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
  • Memiliki 100-250 gm candu
  • Memiliki 20-50 gm ganja
  • Memiliki 5-15 gm kokain
  • Memiliki 250-750 gm daun koka
  • Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-
6B
Menanam atau mengusahakan pokok ganja Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
9
Memiliki kurang 100 gm candu masak -sama-
10
Alat-alat menghisap dadah -sama-
12(2)
  • Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
  • Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
  • Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
-sama-
Dirotan tidak lebih 3 sebatan
15(A)
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
15(B)
Berada di dalam premis tempat hisap dadah Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
RUJUKAN :http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_akta_main.php

MUSUH UTAMA NEGARA



Oleh: Prof. Dzulkifli Abdul Razak

Pusat Racun Negara, USM


Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terpaksa membuat teguran.
Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Programme, dalam tahun 1993 sebanyak 24,023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini, 59.3 peratus adalah penagih yang menagih semula, manakala sebanyak 10,216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah. Pada tahun lalu, tahap masalah dilaporkan melampaui tahap pada tahun 1998.
Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat. Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan.
Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan penyeludupan dadah. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih lincah dan meluas.
Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penggunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak dan perjudian selain daripada berbagai-bagai ancaman kesihatan.
Menggugat
Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik maupun keselamtan. Dengan perkataan lain, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang daripada segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang memggunakan dadah akan bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut.
Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah sesetengah ubat- ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul, boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya, morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat menahan kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius.
Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara:Pertama - ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak bersifat sedemikian.
Kedua - ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat ketagihan walaupun telah berhenti menggunakannya.
Ketiga - ubat, tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda si pengguna, tetapi semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaanya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.
Keempat - ubat, umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau) sehingga membawa hukuman mati.
Mental
Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuklah pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan perkataan lain, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasannya menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan, tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang.
Kesan fizikal pengambilan dadah terhadap manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan secara suntikan dan melalui mulut.

Kesan pengambilan dadah secara suntikan:
  • Meningitis - penyakit jangkitan otak
  • Tetanus atau penyakit kancing gigi
  • Endokarditis - penyakit jangkitan jantung
  • AIDS, Hepatitis B, C dan D
  • Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain, khususnya di tapak suntikan

Kesan pengambilan dadah melalui mulut:
  • Kerosakan paru-paru dan hati
  • Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)
  • Kerosakan buah pinggang
  • Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya)
  • Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh
Kesan mental dan emosi lazimnya dipanggil kesan psikologi, iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (eforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama, seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Perwatakannya mungkin bertukar. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawap.
Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulangkali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.
Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah, tak dapat memberi tumpuan, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit kadangkala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Semua ini menggambarkan apa yang dipanggil `gian'. Bahkan ia boleh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal, yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Tubuh tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Kerana takutkan rasa `gian' penagih meneruskan tabiatnya.
Selain daripada itu, penagih juga akan mengalami masalah tidur dan susah hendak nyenyak. Mereka sering mengigau, fikiran menjadi kacau dan tidak berupaya memberi tumpuan. Emosinya turut menjadi tidak stabil - mudah marah atau menangis. Ia juga cenderung untuk membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri.
Kemarahan
Antara kesan sosial ialah kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawap terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkahlaku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan dirinya. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka.
Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluaga. Mereka hidup di tempat- tempat lengang yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Dunia mereka hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah saja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa juga bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Keadaan mereka diibaratkan "hidup segan mati tak mahu". Ada yang menggelarkan mereka sebagai " bangkai bernyawa". Hakikatnya sesiapa yang terjerumus dalam perangkap dadah, amat sukar untuk melepaskan diri.
Oleh yang demikian, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa juga jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang mereka hadapi.

Rujukan: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/racun/1998/um1.html

Thursday, June 25, 2009

KEMPEN TAK NAK


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Perspektif

  • Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
  • Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
  • Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
  • Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.

Tabiat merokok adalah satu penagihan

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

Objektif

  • Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok
  • Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
  • Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok

Strategi

Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok

  • Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat

Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok

  • Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok.

Rujukan: http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php

Sunday, June 21, 2009

MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH


Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam
al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi
ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة
Maksudnya : “… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …”

HUKUM

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak.

Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalilpengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi :

كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ

Maksudnya :” Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”. Riwayat Muslim

KESAN PENGAMBILAN DADAH

i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :

قوا انفسكم واهليكم نارا

Maksudnya : “...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… ”. Rasulullah s.a.w bersabda:

كفى بالمرءى اثما عن يضيع من يقوت

Maksudnya : “ Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya ”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah : Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan jenayah sama ada mencuri, memeras ugut, merompak atau membunuh.

iii. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiridari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara.

v. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS.

Rujukan: www.islam.gov.my/e-rujukan/dadah.html


Saturday, June 20, 2009

PERTANDINGAN LORONG DAN SUDUT PPDa (Peringkat Kebangsaan) 2009




Pada minggu ini semua guru ,staf sokongan ,pekerja swasta sekolah, ahli PIBG dan pihak-pihak lain* telah bertungkus lumus untuk menyiapkan Taman Tema PPDa.

( *Agensi AntiDadah Kebangsaan-AADK Jerantut,Pejabat Belia Jerantut,PDRM Jerantut, BOMBA Jerantut, Pejabat Kesihatan Jerantut,Askar Wataniah Kem Susur Tembeling, Bank Rakyat Jerantut dan agensi-agensi lain)

Tarikh : 20 JUN 2009
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pagi

Diharapkan kerjasama dan kesungguhan bekerja sebagai satu pasukan ini, akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.