Sunday, June 21, 2009

MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH


Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam
al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi
ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة
Maksudnya : “… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …”

HUKUM

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak.

Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalilpengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi :

كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ

Maksudnya :” Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”. Riwayat Muslim

KESAN PENGAMBILAN DADAH

i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :

قوا انفسكم واهليكم نارا

Maksudnya : “...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… ”. Rasulullah s.a.w bersabda:

كفى بالمرءى اثما عن يضيع من يقوت

Maksudnya : “ Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya ”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah : Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan jenayah sama ada mencuri, memeras ugut, merompak atau membunuh.

iii. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiridari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara.

v. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS.

Rujukan: www.islam.gov.my/e-rujukan/dadah.html


No comments:

Post a Comment